Sila Klik Like

Cara Membuat Akaun Twitter

Harini saya ingin berkongsi cara untuk membuka akaun di Twitter.  Baiklah. Pertama sekali pergi ke Twitter.com dan anda akan nampak muka depan laman webnya seperti di bawah:
Berikut adalah Tutorial langkah demi langkah untuk membuka akaun di Twitter. Jom..
  1. Taip www.twitter.com di browser pilihan anda samaada google, firefox dan sebagainya. Kemudian isi nama penuh, email anda dan juga password (kata laluan) yang anda mahukan.
  2. Kemudian Klik pada butang Sign up.
  3. Anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah.
     
    Pastikan maklumat adalah betul dan pada ruangan username, isikan username pilihan anda. Untuk makluman, username ini merupakan identiti anda di Twitter. Pilih username yang bersesuaian. Kemudian klik butang Create my account
  4. Anda akan di bawa ke paparan utama akaun Twitter anda.
Anda kini telah memiliki akaun Twitter. Langkah seterusnya ialah untuk mengemaskini akaun twitter anda. Langkah pertama yang anda boleh lakukan ialah dengan klik butangNext Step: interest untuk memilih topik yang anda minati. Kemudian anda boleh klik Next Step: friend untuk mencari rakan anda yang mengunakan senarai email seperti gmail dan yahoo.
Oh ya. Jangan lupa untuk memeriksa email anda untuk mengesahkan pendaftaran akaun twitter tadi.

klik pautan (link) yang diberikan melalui email anda untuk pengesahan
Sekarang anda telahpun berjaya membuka akaun twitter. Selepas ini anda boleh cuba-cuba untuk mengemaskini setting pada akaun twitter tersebut. Contohnya anda boleh kemaskini gambar profil, timezone dan lain-lain. Cubalah.

No comments:

Post a Comment

ShareThis