Sila Klik Like

Cara mengenalpasti barangan kulit babi

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.

Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
  1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini  ;
  2. 3 bintik kulit babi
  3. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
  4. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
  5. Orang kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
  6. Berikut adalah contoh2 barangan yang diperbuat daripada kulit babi sebagai panduan untuk kita mengenalpasti:
 untuk kita mengenalpasti: 






Kalau kulit binatang lain, seperti lembu, hair follicles nya sukar untuk dilihat dgn mata kasar. Kulit babi kat lining pulak, nampak lembut dan berkedut2 seperti gambar di bawah:
Kalau nampak rupa kulit mcm ni tak yah cari bintik2 dah, memang sah ia kulit babi! Tapi klu nak cari jugak bintik2 dia, memang ada. Kat bawah ni ialah gambar di atas yang telah di zoom in.

No comments:

Post a Comment

ShareThis