Sila Klik Like

Edit Gambar Online di Picnik.com

Harini saya ingin berkongsi info tentang satu perisian mengedit gambar yang sangat mudah dikendalikan dan yang paling bestnya perisian ini percuma dan anda tak perlu susah payah untuk install di komputer pun! Apa yang anda perlukan ialah talian internet kerana ia berfungsi secara online.

Jom serlahkan kreativiti anda dengan Picnik.com.  Sebaik sahaja memasuki web picnik.com, anda hanya perlu upload gambar yang ingin diedit dan gambar tersebut sedia untuk proses pengubahsuian mengikut kehendak anda. Antara proses editing yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
  • Auto fix
  • Rotate
  • Crop
  • Resize
  • Exposure
  • Color dan banyak lagi..
Selain itu, anda juga boleh memasukkan kesan khas pada gambar seperti frame,text,sticker, touch-up dan lain2. Menarik bukan? Kebanyakan fungsi seperti ini terdapat pada perisian editor grafik berbayar  seperti Adobe Photoshop dan lain-lain. Picnik memudahkan kita untuk mengubahsuai gambar dengan cara yang sangat mudah dan percuma.
Setelah siap proses ubahsuai, gambar tersebut boleh disimpan ke komputer kita atau dikongsi terus bersama rakan-rakan melalui email,flickr,twitter dan juga facebook. Fungsi ini amat menjimatkan masa kita kerana tidak perlu untuk upload gambar ke facebook dengan cara manual.
Kita juga boleh mengedit gambar yang terdapat di internet tanpa perlu upload! Contohnya, anda mempunyai gambar di Picasa Web Album, Flikr, Facebook, Photobucket dan sebagainya. Semua gambar tersebut boleh diedit dengan mudah dan cepat. Ini kerana, dengan Picnik anda boleh connect secara terus kepada rangkaian tersebut. Anda perlu mendaftar di Picknik terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan fungsi berkenaan. Jangan risau, proses pendaftaranya sangat mudah dan semestinya percuma!
Klik Picnik.com untuk mengakses web Picnik dan mula menghasilkan gambar yang unik hari ini juga. Cubalah picnik dan anda pasti seronok menggunakannya.
sumber:rahsiasiber.com

No comments:

Post a Comment

ShareThis