Sila Klik Like
Komputer Kalis Air
MESKIPUN banyak model terbaharu tablet dilancarkan tetapi kapasiti dan kemampuan yang dimiliki oleh komputer riba masih lagi ditagih oleh ramai pengguna.
Toshiba baru-baru ini melancarkan sebuah Ultrabook pertama, Siri Portege Z830 yang diakui sebagai paling ringan, ternipis dan terpantas di dunia.
Memiliki berat 1.12 kilogram dengan ketebalan 15.9 milimeter, ia menggunakan pemproses Intel Core generasi kedua. Ia 20 peratus lebih ringan dan 40 peratus lebih nipis daripada model ultrabook sebelum ini iaitu siri Portege R830.
Bahan luarnya sangat ringan, tetapi sangat kukuh kerana diperbuat daripada bingkai bahan aloi magnesium. Struktur material itu diperkuat dengan rekaan sarang lebah supaya mampu menyerap hentakan dan meningkatkan ketahanan.
Papan kekunci Portege Z830 juga istimewa kerana ia kalis sebarang simbahan air. Maka, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya secara tiba-tiba terlanggar gelas minuman mereka lalu membasahkan Ultrabook tersebut.
Labels:
digital
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment