Federal Bureau of Investigation (FBI) Amerika Syarikat kini sedang mencari aplikasi pemantauan media sosial yang hendak digunakan bagi melindungi privasi para individu dan kumpulan yang dilindungi sebelum ia digunakan.
Pusat Maklumat dan Operasi Strategik FBI beberapa minggu lepas telah membuat iklan menerusi laman web FedBizOpps.gov (yang mirip ePerolehan di Malaysia) untuk mencari pihak-pihak atau syarikat yang mampu membangunkan aplikasi untuk menghidu sebarang ancaman yang wujud di seluruh dunia merentasi laman media dan rangkaian sosial.Walaupun ia tidak dinyatakan, namun iklan itu menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan AS ingin menggunakan kuasanya untuk mengintip para pengguna Facebook, Twitter dan media-media sosial popular yang lain yang disering dikunjungi oleh berjuta-juta manusia dari seluruh dunia.
Jurucakap FBI bagaimanapun memberitahu PCMag.com bahawa jika aplikasi itu dibangunkan dan digunakan oleh FBI, Unit Privasi dan Kebebasan Awam agensi itu akan memastikan mereka memenuhi semua keperluan privasi sebelum aplikasi itu dilaksanakan.
"Niat sebenar ialah untuk melihat data sosial yang tidak sulit dan terbuka kepada umum, yang sedia ada boleh akses di lapangan terbuka Internet. Aplikasi itu tidak akan fokus kepada individu atau kumpulan tertentu, tetapi kepada perkataan-perkataan yang berkaitan kepada 'kejadian' atau 'krisis', serta aktiviti yang melibatkan pelanggaran undang-undang jenayah persekutuan atau ancaman kepada keselamatan negara. Contohnya perkataan 'lockdown', 'bomb', 'suspicious package', 'white powder', 'active shoot', 'school lock down' dan lain-lain sejenisnya," kata Ejen Khas Ann Todd dari pejabat Perhubungan Awam FBI.
Todd juga menjelaskan paparan iklan dalam FedBizOpps.gov pada 19 Januari hanyalah bersifat request for information (RFI) sahaja. FBI "ingin menilai keupayaan industri IT untuk menyediakan sebuah aplikasi sumber terbuka dan media sosial" dan RFI itu diiklankan untuk tujuan penyelidikan pasaran dan perancangan sahaja dan tidak bermaksud untuk mendapatkan proposal. Tiada sebarang hantaran RFI yang akan diterima sebagai tawaran rasmi kontrak, katanya. Tinjauan ke laman web FedBizOpps.gov mendapati iklan itu telah dikemaskini pada 1 Feb 2012.
Dari satu perspektif, pembangunan aplikasi seperti itu bukanlah mustahil. Mungkin kerajaan Malaysia juga patut ada aplikasi seperti itu untuk memantau rakyat negara ini terutama yang terlalu celupar tangannya dan menulis pelbagai fitnah sana-sini dalam blog, Facebook, twitter dan lain-lain tanpa mengira perasaan orang lain dan keharmonian dalam masyarakat. Atau setidaknya boleh juga diguna untuk tengok siapa sokong atau bangkang kerajaan (lebih-lebih lagi pilihan raya sudah semakin hampir).
Jika difikirkan, untuk blog dan twitter selalunya semua orang boleh tengok dan baca, tetapi bagi Facebook selalunya sesuatu posting hanya dikongsi di kalangan rakan-rakan sahaja, jadi mungkin aplikasi itu perlu wujudkan profail-profail ciptaan untuk jadi pengintip pula! Hmmm...
No comments:
Post a Comment