Sila Klik Like

Pengantin Perempuan Didera Mertua Kerana Enggan Jadi Pelacur


 Sahar Gul
Seorang remaja Afghanistan berusia 15 tahun diseksa dengan teruk selain dikunci di dalam tandas oleh keluarga suaminya beberapa bulan lalu selepas enggan menjadi pelacur, kata pihak berkuasa semalam. Sahar Gul berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan daripada sebuah rumah di wilayah utara Baghlan minggu lalu, selepas jiran melaporkan mendengar tangisan Sahar yang merintih kesakitan.
 
Keluarga mertua Sahar Gul, mencabut kuku dan rambutnya serta menguncinya di bilik air bawah tanah yang gelap kira-kira lima bulan, tanpa memberi makanan dan air yang mencukupi. Keluarga suaminya turut menderanya dengan mencucuh api rokok dan menggunakan playar untuk merobek dagingnya. Mangsa berkahwin tujuh bulan lalu dan berasal dari wilayah Badakhshan. Keluarga mertua cuba memaksanya melacur untuk mendapatkan wang.
 
Walaupun sukar bercakap, Sahar Gul berupaya memberitahu media mengenai pengalaman ngeri yang dilaluinya selama dikurung keluarga mertua.“Selama beberapa bulan saya dikurung dalam tandas oleh keluarga mertua terutama ibu mertua saya,” katanya. Sahar ditemui dengan keadaan tubuhnya dipenuhi parut dan lebam manakala sebelah mata masih bengkak dan tertutup enam hari selepas diselamatkan.(BBC)

No comments:

Post a Comment

ShareThis