Sila Klik Like

Majalah di hujung jari



DALAM menuntut ilmu pengetahuan, ia tidak mengenal erti masa atau pun tempat asalkan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menambah ilmu.
Dengan pelbagai medium bahan bacaan yang terdapat di pasaran hari ini, ia memudahkan lagi pembaca mengakses dan membuka pintu rahsia ilmu pengetahuan untuk dijadikan rujukan ataupun iktibar dalam kehidupan mereka.
Tidak terkecuali, majalah turut menjadi salah satu medium bacaan untuk dijadikan wadah hiburan, rujukan, memperoleh tip dan banyak lagi.

Bagaimanapun, tidak banyak kedai majalah membuka pintunya 24 jam kepada pembaca, sehingga menyebabkan pembaca terpaksa menunggu keesokan hari bagi mendapatkan hasil karya majalah kegemaran mereka.
Malah, bila dihimpunkan beberapa naskhah majalah yang tebal, akhirnya ia tidak sesuai lagi dijadikan peneman saat berjalan-jalan di luar.
Justeru itu, Netxpert Sdn. Bhd. membangunkan dua majalah alam maya melalui portal penerbitan wuuhuuonline.com dalam memberi kebebasan kepada penggemar bahan bacaan membaca pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian waktu mereka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Onn Ismail berkata, peranan majalah dalam kehidupan penggemar bahan bacaan hari ini semakin meningkat kerana ia lebih santai dan sarat dengan pelbagai segmen dalam memenuhi kehendak mereka.
“Sebagai langkah permulaan, kita telah menerbitkan dua majalah alam maya iaitu Femag dan Entertainment and Fashion (ENF) untuk ditawarkan kepada pembaca terutamanya golongan wanita serta penggemar hiburan.
“Dengan penerbitan dua majalah ini, kita memberikan platform terbaik kepada pembaca untuk menikmati dan membaca majalah di mana-mana sahaja asalkan mempunyai capaian Internet,” katanya kepada Kosmo!.
Teknologi Flip Book
Dalam memberi pengalaman bak majalah fizikal yang terdapat di pasaran kepada pembaca, Che Onn berkata, majalah-majalah tersebut telah dibangunkan menggunakan teknologi Flip Book.
MAJALAH online kini semakin mendapat tempat di hati pengguna terutama dengan kelahiran gajet tablet.


“Penggunaan teknologi Flip Book ini membenarkan pembaca merasai pengalaman seolah-olah mereka sedang membaca bahan penerbitan yang dicetak seperti dijual di pasaran hari ini.
“Halaman paparan elektronik yang dapat dilihat di muka skrin pula kelihatan seperti majalah fizikal malah, boleh diselak atau pun dengan menekan butang penunjuk animasi. Ia dibangunkan oleh perisian Adobe Flash dalam memudahkan lagi pembaca,” ujarnya lagi.
Dia menambah, pengenalan teknologi tersebut juga dapat memudahkan lagi pengguna dalam memilih muka surat yang ingin dibaca mereka dengan lebih pantas.
“Selain daripada itu, majalah alam maya ini dapat membantu pembaca majalah untuk memperoleh bahan bacaan di hujung jari mereka tanpa perlu memikul majalah kegemaran yang mempunyai puluhan helaian.
“Mereka juga tidak perlu bimbang mengenai ruang menyimpan majalah kerana hanya perlu melawati laman web wuuhuuonline.com dan mendapatkan semua isu majalah yang telah diterbitkan sebelum ini,” ujarnya lagi.
Pembaca boleh menggunakan pelbagai platform seperti komputer riba, komputer peribadi, tablet mahupun telefon pintar dalam merasai pengalaman baharu membaca majalah-majalah tersebut.
Secara tidak langsung, Che Onn memberitahu, pengenalan majalah digital berkenaan dapat membantu memulihara alam sekitar kerana tidak menggunakan kertas dan bahan kimia.
“Mungkin sumbangan yang dilakukan ini agak kecil tetapi, berharap ia dapat membantu mengurangkan pemanasan global yang melanda dunia hari ini.

FAIZAL berbincang dengan petugas grafik yang menyiapkan majalah online ENF.


“Dalam pada itu, pembaca juga dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan dalam menikmati wadah bacaan alam maya ini apabila ia ditawarkan secara percuma,” katanya lagi.
Che Onn menambah, dia juga bercadang memperkenalkan hiperpautan pada halaman majalah berkenaan bagi memudahkan pembaca melawat terus laman web produk, artis dan sebagainya.
“Sehingga kini, majalah-majalah berkenaan telah diakses sebanyak 84 negara seluruh dunia. Ini menunjukkan wadah bacaan bahasa Melayu boleh diterima kerana banyak rakyat negara ini dan serantau berada di luar negara,” katanya.
Majalah ENF dan Femag
Sementara itu, Pengarang ENF, Faizal Harun memberitahu, pengenalan majalah alam maya tersebut tidak membataskan pengkarya dalam mengetengahkan idea mereka.
“Sebagai contoh, berbanding majalah fizikal kita mempunyai halaman terhad yang boleh diisi tetapi, apabila menggunakan teknologi ini ia lebih bebas. Ia sekaligus dapat memenuhi permintaan pembaca yang mempunyai pelbagai cita rasa terhadap bahan bacaan mereka,” katanya.
Faizal menambah, keluaran pertama majalah ENF yang mempunyai konsep mengenai dunia hiburan dan gaya hidup telah dilakukan pada awal November lalu.
Katanya lagi, ia dibangunkan untuk memberi penghargaan kepada penyanyi, pelakon, pemuzik, petugas belakang tabir dan banyak lagi yang terlibat dalam industri hiburan tanah air.
“Antara kelainan yang dapat dilihat dalam majalah ini adalah segmen On Stage. Kita cuba memberi gambaran kepada pembaca mengenai kostum yang dipadan pelakon atau penyanyi apabila mereka melakonkan filem dan teater.

No comments:

Post a Comment

ShareThis